Home

Wednesday, August 4, 2010

Isu Ekonomi ??

Perbincangan Krisis Ekonomi masa kini ...........
Salam sejahtera....  Setakat mana  krisis ekonomi memberi impak kepada anda?..  Secara individu boleh lah di katakan setiap sahabat kita mempunyai masalah yang lebih kurang sama.  Lagi-lagi kebanyakan mereka dari golongan yang berpendapatan sederhana mahu pun yang kurang berpendapatan. Bagi setengah-setengah golongan peniaga, perkara ini sangat memeberi impak yang paling besar, customer sekarang tak macam dulu, semua cari barang yang murah-murah, klau boleh free kot.. Realiti nya memang begitu, maka terpaksa lah peniaga-peniaga ni menaikkan harga barang. jangan yang ada ambil kesempatan sudah lah. Isu ini tiada kesudahan nye.. walau macam mane pun kehidupan harus diteruskan. Belanja tetap berbelanja,  kecuali kita perlu membuat perubahan sedikit dalam merancang kewangan "Money Management".. Antaranya, mungkin kite terpaksa mengurangkan perbelanjaan,  cakap senang la kan, macam mana nk buat tu, gaji yang ada pun dah memang  tak cukup,  harga barang  naik pulak!!. Nasihat saya kepada anda kalau boleh jimat, berjimat la.   Kalau nak bagus buat  kerja-kerja sambilan, selalunya meniaga kecil-kecilan lah. Meniga goreng pisang ke,nasi lemak ke.. bisnes online pun banyak sekarang ni..  Sebulan dapat extra RM100-200  pun dah syukur Alhamdulillah.. dapat cover-cover sikit.  Maka,   bagi sahabat-sahabat yang nak menambahkan pendapatan ,  elok lah berbuat dari sekarang.   Boleh lah berkecimpung dalam perniagaan ABJJ  atau bahasa lain " Asal Boleh Jual.... Jual" tapi yang HALAL ye .. Kalau anda ada pendapat, silalah berkongsi pengalaman diruangan komen saya...   Salam Maju Jaya   ...

Tuesday, August 3, 2010

Meta Trader 4 - Free Download

Trading Platform
9/10 Punca Rezeki itu datangnya daripada Perniagaan

Mungkin kita pernah dengar ini selalu di kalangan mereka yang benar-benar memahami konsep rezeki dalam perniagaan Islam. Ia adalah kata-kata Nabi yang mana diriwayatkan dalam - Sahih Bukhari dan Muslim.



Sunday, August 1, 2010

Duit Buat Duit

Anda mungkin dah terdedah dengan pelbagai cerita, berita, informasi yang mengatakan adalah MUDAH untuk buat duit di internet…
Dengan kebanyakan laman web – laman web yang menunjukkan pendapatan RIBU – RIBU setiap hari, screen shot transaksi akaun bank, PayPal, Clickbank etc… membuatkan ramai pengguna internet berasa TERUJA dengan tawaran pada laman web tersebut.
Apatah lagi apabila kebanyakan pemilik web jualan tersebut memberitahu bahawa tawaran yang mereka berikan adalah “RAHSIA” yang kononnya mampu membantu anda menjana pendapatan di internet…
Jadi, sebagai pengguna yang sedang tercari – cari “macam mana nak buat duit” menerusi internet, kebanyakan mereka akan lebih terdorong untuk memiliki dan mencuba tawaran yang diberikan.

Sekarang, mari kita hadapi KENYATAAN yang sebenarnya…

Adakah mudah untuk buat duit di internet? Jawapannya adalah TIDAK.

Fikirkan kembali logiknya… Jika benarlah nak buat duit di internet ini mudah, saya percaya ramai yang akan berhenti kerja, mengadap komputer dan “kaut” duit dari internet…

Sedar atau tidak, kehidupan kita ini memerlukan USAHA TANPA LELAH untuk kita capai sesuatu.

Jika malas berusaha, bagaimana kita nak capai apa yang kita hajati.

Oleh itu, saranan saya adalah anda perlu tetapkan minda yang betul terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam industri ini.

Sebenarnya tak ada “RAHSIA” untuk menjana pendapatan menerusi internet.

Tahukah anda bahawa perkara yang paling UTAMA yang akan menentukan sama ada anda akan berjaya menjana pendapatan di internet ataupun tidak adalah:

KEBERKESANAN KEMAHIRAN & STRATEGI MELAKUKAN PEMASARAN SECARA ONLINE

Ya… Inilah sebenarnya yang kononnya menjadi “RAHSIA” kepada kebanyakan mereka yang mampu menjana pendapatan di internet. Jika anda mampu menguasai “BAGAIMANA” untuk melakukan pemasaran di internet, maka dengan mudah anda boleh buat duit di internet.

Tetapi untuk mencapai kemahiran ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia merangkumi pelbagai aspek bermula daripada bagaimana untuk melakukan kajian pasaran, pemilihan pasaran yang menguntungkan, bagaimana nak bina laman web yang betul, di mana nak beriklan dengan berkesan, macam mana nak menghasilan penulisan (copywriting) yang efektif sehingga membuatkan pelawat web berminat dengan tawaran anda dan pelbagai macam perkara lagi termasuk perihal teknikal.

Terdapat banyak cabang pasaran di internet yang boleh diceburi, tetapi tanya diri kita terlebih dahulu… Sudahkah kita bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan dalam perjalanan kita dalam industri ini?